Nelayan Forex Traderlog

Proudly Present: INSTAFOREX WORLD

Posted by Nelayan Forex On April - 23 - 2013

Your dedicated compact linkage page to InstaForex - the best broker in Asia!

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

Selamat Pengantin Baru, Sahabat...

Posted by Nelayan Forex On 3/22/2015 09:11:00 PM 0 comments

Hari ini ALLAH mentakdirkanku bersua sahabat lama. Sahabat yang sentiasa bersama di saat susah dan senang. Walau hanya sebentar, namun kemesraan silatul-rahim yang telah terjangkau lebih 10 tahun jelas tak pernah pudar.

Kami memang jarang bertemu kebelakangan ini, lantaran masing-masing terpaksa membawa haluan masing-masing sejak meninggalkan organisasi sewaktu bertugas dengan sebuah kumpulan pendidikan swasta yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Kami memang rapat. Dulu. Malah kini. Dan insyaALLAH, selagi hayat dikandung badan. Banyak yang telah kami kongsi bersama.

Bert Ruslan..

Bert memang sahabat sejati! Tak kira siang malam, andai aku memerlukannya, tak pernah dia lokek menghulurkan bantuan ikhlas. Selagi daya, akan dipenuhinya walau kadang-kadang dia terpaksa memilih menyusahkan diri dan keluarganya sendiri.

Aku ramai juga teman dan kenalan. Alhamdulillah. Namun, sebagaimana kebanyakan orang yang biasa-biasa, hanya sebilangan sahaja yang benar-benar tergolong dalam kelompok luar biasa yang layak dipanggil "sahabat". Bert salah seorang darinya. Alhamdulillah..

ALLAH mentakdirkannya menemui jodohnya lagi, selepas agak lama 'membujang' sejak isteri tercinta dipanggil menghadapNya. Arwah isteri Bert dulu juga seorang yang sangat baik. Mesra dengan isteriku walau mereka hanya mengenali asbab kami bersahabat. Masih ingat di saat akhir kami sekeluarga menziarahi arwah yang pada detik itu sedang tenat di katil hospital akibat kanser. Arwah masih sempat mengulum senyum tanda penghargaan walau kesakitan diri hanya ALLAH yang Maha Mengetahui. Kedua-dua pasangan suami-isteri itu begitu tenang menghadapi detik jemputan ALLAH yang akan memisahkan mereka selama-lamanya di alam dunia sementara menanti dipertemukan semula di syurga nanti, insyaALLAH. Ketenangan mereka mengajar kami suami-isteri untuk menjadi lebih tabah menghadapi ujian-ujianNya yang diperturunkan sebagai tanda kasih dan sayang pada kita hamba-hambaNya.


Hari ini, kad jemputan walimatul-urus antara Bert dan bakal teman hatinya dihulurkan sendiri kepadaku. Alhamdulillah. Melihat wajah ceria sahabatku itu, aku tumpang bahagia. Sudah terlalu lama dia berkorban membesarkan anak-anak sendirian. Tanggal 1 Mei 2015 kelak, Bert akan disatukan dengan bakal isterinya yang juga merupakan teman lama waktu persekolahan mereka dahulu. Sempat Bert menunjukkan kepadaku foto paras wajah bakal mempelainya. Alhamdulillah, bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan. Malah rasanya tak keterlaluan usikanku yang mereka umpama pasangan remaja yang sedang hangat bercinta!

Semoga ALLAH mengurniakan kehidupan yang bertambah mulia buatmu Sahabat. Semoga ALLAH terus mengekalkan kita semua dalam hijrah ini mencari redha dan cintaNya, Aamiiin Ya Razak.

Kepada Bert & 'tunangan', Selamat Pengantin Baru. Semoga pernikahan kalian dirahmati dan kehidupan kalian diberkatiNya dunia akhirat. Buat Bert, semoga kekal menjadi suami yang baik dan ayah yang penyayang. Kepada bakal isterimu, saudari pasti seorang yang sangat istimewa kerana disatukankanNya dengan bakal 'imam' saudari yang sangat ikhlas dan bertanggungjawab orangnya. Benarlah firman ALLAH SWT dalam kitabNya:

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
(An-Nur’:26)

InsyaALLAH...

Salam kasih sayang dari kami sekeluarga..

Club 44.. Today!

Posted by Nelayan Forex On 3/22/2015 06:53:00 AM 0 comments

Image result for 44

| | edit post

I did it my way..

Posted by Nelayan Forex On 2/12/2015 12:52:00 PM 0 comments

"My Way"
Frank Sinatra


And now, the end is here
And so I face the final curtain
My friend, I'll say it clear
I'll state my case, of which I'm certain
I've lived a life that's full
I traveled each and ev'ry highway
And more, much more than this, I did it my way

Regrets, I've had a few
But then again, too few to mention
I did what I had to do and saw it through without exemption
I planned each charted course, each careful step along the byway
And more, much more than this, I did it my way

Yes, there were times, I'm sure you knew
When I bit off more than I could chew
But through it all, when there was doubt
I ate it up and spit it out
I faced it all and I stood tall and did it my way

I've loved, I've laughed and cried
I've had my fill, my share of losing
And now, as tears subside, I find it all so amusing
To think I did all that
And may I say, not in a shy way,
"Oh, no, oh, no, not me, I did it my way"

For what is a man, what has he got?
If not himself, then he has naught
To say the things he truly feels and not the words of one who kneels
The record shows I took the blows and did it my way!

[instrumental]

Yes, it was my way

Doa Abah Buatmu Anakku... UPSR 2013

Posted by Nelayan Forex On 9/08/2013 06:34:00 PM 0 comments


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
UPSR 2013

10.09.2013 - 12.09.2013

Doa restu buat anakanda tersayang dan rakan-rakanmu....

Salam Idul Fitri 1434H...

Posted by Nelayan Forex On 8/12/2013 08:03:00 PM 0 comments


Hari ini hari raya yang ke-6.
Alhamdulillah... masih diizinkanNya meraikan hari mulia ini dalam syariatNya.

Syukur ke hadratNya, kali ini masih sempat meraikannya bersama orangtua & mertua tercinta. Masih sempat bertemu adik-adik dan ipar duai serta saudara mara yang dirindui. Urusan rayaku secara peribadi masih belum selesai, setidak-tidaknya hingga akhir minggu ini. Semoga dipermudah dan dibantuNya, Amin wa InsyaALLAH.

Hari ini aku menemani isteri di pejabatnya. Sekitar kampus masih lagi sepi lantaran warga siswa dan siswi masih jauh di kampung halaman masing-masing. Aku... seperti biasa. Telah mula turun ke 'laut' sejak semalam petang. Syukur Alhamdulillah, telah diizinNya sejumlah 'tangkapan' sebagai rezeki sulung sejak musim Syawal menjengah.

Hari ini aku sudah harus mampu mengemudi perahu lebih jauh ke laut luas. Itu perancanganku. PerancanganNya? WALLAHu Aklam. Sekadar hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal.

Urusan hidup kelihatannya begitu mendebarkan kini. Banyak yang harus ku selesaikan sebagai persediaan menjelang akhir tahun dan hari muka. Tahun ini telah menjengah hampir tiga perempat, namun hajat dan hasrat masih samar-samar untuk digapai. Demikianlah kehidupan. Tidak semua yang dirancang mampu dicapai, meski di lembaran kertas kelihatannya sangat meyakinkan.

La hawlawala quwata illa billa hil 'ali ul azim. Tiada dayaku Ya ALLAH melainkan dengan rahmat dan keizinanMu.

Buat saudara-saudara seIslamku di luar sana, jari sepuluh ku susun memohon kemaafan zahir dan batin. Mohon maaf di atas segala yang mencalarkan silatul rahim antara kita. Semoga Ramadhan yang berlalu dan Syawal yang tiba ini mampu membantu membentuk diri kita yang lebih tawadduk dan bertaqwa. Amin Ya Rabbal Alamin.

Terima kasih juga buat rakan pembaca traderlog ini yang sejak sekian lama menyokong dan memberi inspirasi untuk aku terus berkarya dan 'bernelayan'. Maaf kerana sepanjang minggu terakhir Ramadhan dan minggu pertama Syawal, tiada entri mahupun analisis yang sempat dipersembahkan lantaran kesibukan berhari raya di perantauan.

Semoga jika rezeki masih di langit, diturunkanNya; jika masih tertanam di bumi, dikeluarkanNya; jika masih jauh, didekatkanNya; jika haram, disucikanNya... Amin Ya ALLAHu Akbar!

Salam Syawal buat semua...

Taqzim,
Nelayan Forex

Weekend Retreat: Sultans of Science Exhibition

Posted by Nelayan Forex On 6/10/2013 12:15:00 PM 0 comments

Event: Sultans of Science Exhibition - Islamic Science Rediscovered 
(till 15th June 2013)
Venue: Petrosains, KLCC
Visiting: 8th June 2013 (3.00 - 5.00pm)



Pantai Itu...

Posted by Nelayan Forex On 5/22/2013 01:53:00 AM 0 comments


Venue: DID
Time: 3.15-4.30pm for both Poem and Poster
Ambience: In-trading with 7 EJ open positions in 'red', need 50-120 pips to go South for (full) clearance

Mir!

Posted by Nelayan Forex On 5/10/2013 01:27:00 AM 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, ku panjatkan setinggi syukur ke hadrat Ilahi. Hari ini Jumaat, tanggal 10 Mei 2013 bersamaan dengan 29 Jamadil Akhir 1434H, aku menerima berita paling gembira hadiah dari ALLAH.

Masih teringat detik-detik di saat isteri tersayang memaklumkan tentang keputusan ujian kehamilan yang dilakukannya di Klinik Dr Siti. Waktu itu kami ke sana untuk mendapatkan ubat demam untuknya pagi tadi.

"Mir!," katanya sambil tersenyum manis. Aku lantas memahami maksud kata-katanya itu.


Sudah 5 minggu rupanya ada 'insan' lain di sisi kami tanpa kami sedari. Demikianlah perancangan ALLAH. SubhanALLAH...

Sesungguhnya, sejak beberapa hari yang lalu aku sedikit kecewa dengan prestasi tradingku. Kemerosotan prestasi terhambat seumpama kekecewaan demi kekecewaan Barcelona sejak kebelakangan ini. Mmm... memang aku peminat fanatik Barcelona!

Namun demikianlah takdir dan kasih-sayang ALLAH. Di saat hati begitu gundah dan lidah sentiasa memohon rezeki, Dia menganugerahiku rezeki terhebat yang paling didambakan bukan sahaja oleh seseorang yang bergelar lelaki, suami dan ayah, namun juga oleh seorang trader. Zuriat!

Alhamdulillah. Terima kasih Ya ALLAH!

    USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI Masjid Negeri Selangor, Kuliah POP, 11 April 2013
    Powered By Blogger