Proudly Present: INSTAFOREX WORLD

Posted by Nelayan Forex On April - 23 - 2013

Your dedicated compact linkage page to InstaForex - the best broker in Asia!

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

Selamat Pengantin Baru, Sahabat...

Posted by Nelayan Forex On 3/22/2015 09:11:00 PM

Hari ini ALLAH mentakdirkanku bersua sahabat lama. Sahabat yang sentiasa bersama di saat susah dan senang. Walau hanya sebentar, namun kemesraan silatul-rahim yang telah terjangkau lebih 10 tahun jelas tak pernah pudar.

Kami memang jarang bertemu kebelakangan ini, lantaran masing-masing terpaksa membawa haluan masing-masing sejak meninggalkan organisasi sewaktu bertugas dengan sebuah kumpulan pendidikan swasta yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Kami memang rapat. Dulu. Malah kini. Dan insyaALLAH, selagi hayat dikandung badan. Banyak yang telah kami kongsi bersama.

Bert Ruslan..

Bert memang sahabat sejati! Tak kira siang malam, andai aku memerlukannya, tak pernah dia lokek menghulurkan bantuan ikhlas. Selagi daya, akan dipenuhinya walau kadang-kadang dia terpaksa memilih menyusahkan diri dan keluarganya sendiri.

Aku ramai juga teman dan kenalan. Alhamdulillah. Namun, sebagaimana kebanyakan orang yang biasa-biasa, hanya sebilangan sahaja yang benar-benar tergolong dalam kelompok luar biasa yang layak dipanggil "sahabat". Bert salah seorang darinya. Alhamdulillah..

ALLAH mentakdirkannya menemui jodohnya lagi, selepas agak lama 'membujang' sejak isteri tercinta dipanggil menghadapNya. Arwah isteri Bert dulu juga seorang yang sangat baik. Mesra dengan isteriku walau mereka hanya mengenali asbab kami bersahabat. Masih ingat di saat akhir kami sekeluarga menziarahi arwah yang pada detik itu sedang tenat di katil hospital akibat kanser. Arwah masih sempat mengulum senyum tanda penghargaan walau kesakitan diri hanya ALLAH yang Maha Mengetahui. Kedua-dua pasangan suami-isteri itu begitu tenang menghadapi detik jemputan ALLAH yang akan memisahkan mereka selama-lamanya di alam dunia sementara menanti dipertemukan semula di syurga nanti, insyaALLAH. Ketenangan mereka mengajar kami suami-isteri untuk menjadi lebih tabah menghadapi ujian-ujianNya yang diperturunkan sebagai tanda kasih dan sayang pada kita hamba-hambaNya.


Hari ini, kad jemputan walimatul-urus antara Bert dan bakal teman hatinya dihulurkan sendiri kepadaku. Alhamdulillah. Melihat wajah ceria sahabatku itu, aku tumpang bahagia. Sudah terlalu lama dia berkorban membesarkan anak-anak sendirian. Tanggal 1 Mei 2015 kelak, Bert akan disatukan dengan bakal isterinya yang juga merupakan teman lama waktu persekolahan mereka dahulu. Sempat Bert menunjukkan kepadaku foto paras wajah bakal mempelainya. Alhamdulillah, bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan. Malah rasanya tak keterlaluan usikanku yang mereka umpama pasangan remaja yang sedang hangat bercinta!

Semoga ALLAH mengurniakan kehidupan yang bertambah mulia buatmu Sahabat. Semoga ALLAH terus mengekalkan kita semua dalam hijrah ini mencari redha dan cintaNya, Aamiiin Ya Razak.

Kepada Bert & 'tunangan', Selamat Pengantin Baru. Semoga pernikahan kalian dirahmati dan kehidupan kalian diberkatiNya dunia akhirat. Buat Bert, semoga kekal menjadi suami yang baik dan ayah yang penyayang. Kepada bakal isterimu, saudari pasti seorang yang sangat istimewa kerana disatukankanNya dengan bakal 'imam' saudari yang sangat ikhlas dan bertanggungjawab orangnya. Benarlah firman ALLAH SWT dalam kitabNya:

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
(An-Nur’:26)

InsyaALLAH...

Salam kasih sayang dari kami sekeluarga..

0 Response to "Selamat Pengantin Baru, Sahabat..."

Post a Comment

    USTAZ AHMAD DUSUKI ABDUL RANI Masjid Negeri Selangor, Kuliah POP, 11 April 2013
    Powered By Blogger